Monday, October 26, 2015

GEMPAR! Video sadis yang memaparkan empat orang wanita yang dibogelkan, diikat, dipukul dan dibakar oleh penduduk telah tersebar secara meluas menerusi internet.
Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan pedalaman Papua New Guinea, jiran Indonesia dan Australia itu selepas kesemua wanita terbabit disyaki mengamalkan ilmu hitam dan sihir.
Mereka didera dan diperlakukan sedemikian kerana kononnya dipercayai telah ‘mengambil’ jantung daripada seorang lelaki dengan kaedah yang tersembunyi untuk tujuan jahat.
Lelaki yang menjadi mangsa itu tinggal di sebuah perkampungan di wilayah Enga serta dikatakan telah jatuh sakit pada Ogos lalu dan ‘ahli sihir’ itu dituduh menjadi dalang kejadian tersebut.

0 comments:

Post a Comment