Johor
Bharu : Seorang pemandu kereta Porsche maut dalam kemalangan yang
berlaku di Kilometer 2.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini
pagi tadi.
Kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi sewaktu hujan lebat itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal.
Komander
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Jasni Saidin, berkata
pemandu kereta Porsche dikenali sebagai Lim Foo Yong, 39 dari Taman
Molek di sini, manakala penunggang motosikal ialah Amerul Fadzly Abdul
Halim, 32 dari Kangar, Perlis.
0 comments:
Post a Comment