Wednesday, October 21, 2015

Jika anda menyaksikan program MELETOP semalam, Nabil dengan gentlemen membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caliph Buskers.

Kalau anda nak tahu, Caliph Buskers merupakan pemuzik yang dijemput oleh MELETOP pada setiap programnya bagi memeriahkan rancangan tersebut.

Ceritanya apabila Nabil membahan kumpulan tersebut setelah tamat persembahan Zul Handyblack pada konsert Gegar Vaganza yang lepas.

Akibat daripada lawat itu, Nabil dikecam netizen kerana tidak menghormati orang kurang upaya.

Semalam Nabil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caliph Buskers.
Apa yang menariknya ialah respon daripada kumpulan Caliph Buskers itu sendiri
Kami mendengar lawak Nabil hari tu. Tapi kami gelak je

Nabil dan Caliph Busker memang selalu bergurau di belakang pentas. Jelas Caliph Buskers tidak pernah mengambil hati dari lawak tersebut.

Apa yang kita harapkan agar Nabil lebih berhati-hati untuk melawak selepas ini. Nabil tetap profesional kan?

0 comments:

Post a Comment