Saturday, October 24, 2015


Teluk Intan: Dua beranak maut manakala dua yang lain parah dalam kemalangan membabitan tiga kenderaan di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan itu adalah Toyota Vios, Perodua Kancil dan Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa yang maut adalah dua beranak iaitu Nissamuddin Osman, 26, dan ibunya Norijah Sitin,63, manakala isterinya Nur Athirah Mohamad Rosle, 19, yang mengandung lima bulan dan anak saudaranya Syazatul Hasni Syaharuddin,13, parah.

Katanya, Nissamuddin maut di tempat kejadian dan ibunya disahkan meninggal dunia di hospital manakala kandungan isteri mangsa disahkan stabil.

"Kesemua mangsa berkenaan menaiki kereta Perodua Kancil manakala pemandu kereta Toyota Vios serta pemandu dan empat penumpang Proton Wira tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di hospital sama," katanya.

Menurutnya, polis menahan lelaki yang juga pemandu Toyota Vios berusia 29 untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. lapor myMetro.

0 comments:

Post a Comment