Thursday, October 22, 2015


Gagah, besar, tahan lama dan perkasa,”. Ia bukan iklan bangunan pencakar langit, projek jutaan ringgit, sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga batin itu menjadikan seorang suami lupa diri.

Demikian pengakuan seorang isteri, Hamidah (bukan nama sebenar), 28, dari Rompin, selepas suaminya mula ketagih mengambil pil perangsang seks sejak lebih dua tahun lalu semata-mata inginkan kepuasan dalam perhubungan kelamin.


Hamidah yang mempunyai tiga orang anak berkata, sejak suaminya menggunakan pil perangsang itu, dia terpaksa melayan kehendak suami tanpa mengira masa walaupun ketika datang bulan.

“Masalah saya adalah suami sangat kuat nafsu sejak dia mengambil pil perangsang seks. Dia mahukan seks setiap hari termasuk sewaktu saya didatangi haid,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamidah yang baru melahirkan anak bongsu enam bulan lalu berkata, keinginan suami semakin membuak-buak semasa dia dalam tempoh berpantang.

“Saya juga dipaksa melayaninya selepas 15 hari melahirkan anak meskipun kesan sakit semasa melahirkan bayi masih terasa pada ketika itu,” katanya.

Hamidah berkata, jika tidak dilayan nafsu suaminya itu, lelaki yang sudah hidup dengannya sejak lima tahun lalu itu boleh bertukar perangai serta merta.

0 comments:

Post a Comment