Aku rasa macam bodoh pula bila ustaz-ustaz kata 'Poligami ini untuk zina'. Untuk salurkan nafsu ke arah yang diredhai Allah. Ustaz-ustaz seperti ini meletakkan poligami sebagai lesen untuk melampias nafsu sahaja.
Aku terfikir, kalau lelaki kahwin, kemudian tengok perempuan lain dan bernafsu. Atas nama Poligami, maka pergilah dia berkahwin lagi sebab nak elak zina. Kemudian, ternampak lagi perempuan lain dan bernafsu lagi serta kahwin lagi sampailah cukup kuota. Agak-agak macam mana pula selepas itu dia nak menguruskan nafsu besarnya itu?
Kenapa bila rasa bernafsu tidak disalurkan saja pada isteri dia yang sah? Jadi, apa masalah dia?
Masalah dia adalah NAFSU! Jadi nak uruskan nafsu ini, Allah telah berfirman:
Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya," (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Itu yang utama, jaga pandangan. Allah tak suruh enkau kahwin sebab engkau bernafsu besar. Siapa ajar itu ustaz? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama Poligami ini. Janganlah nak sucikan nafsu itu dengan lesen 'Sunnah'. Poligami bukan sunnah. Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketat untuk dilaksanakan. Sunnah itu kan satu galakkan. Galakkan tidak pernah wujud berserta syarat yang ketat seperti syarat poligami ini.
0 comments:
Post a Comment