$%Kuala Lumpur: Hati siapa tidak sedih apabila mengetahui diri yang semakin meniti usia senja bukan saja menderita akibat virus berbahaya Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), malah terpaksa meneruskan sisa kehidupan sebagai gelandangan sejak enam tahun lalu.
Menceritakan sisi gelap hidupnya, gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Sudin, 60, berkata, dia berasal dari ibu negara, berpendidikan sehingga ke peringkat Malaysia Certificate Education (MCE) dan juga anak pertama daripada empat beradik.
Bekas mak nyah yang hidup bergelandangan di sekitar ibu kota ‘bersama’ penyakit AIDS dihidapinya itu mengakui mempunyai naluri songsang sejak berusia belasan tahun.
“Ketika remaja, naluri hati saya sememangnya ke arah songsang kerana lebih meminati lelaki. Setiap kali melihat lelaki, saya akan teruja.
"Ia turut diketahui keluarga saya yang berfikiran terbuka dengan anak-anak.
“Keluarga ketika itu menganggap saya sebagai lelaki lembut. Namun, peristiwa hitam bermula pada usia saya 16 tahun apabila terlanjur melakukan hubungan sejenis dengan jiran sendiri.
0 comments:
Post a Comment